WAKTU BERBEKAM
Bekam Sunnah dan sihat boleh dilaksanakan pada bila-bila waktu tetapi yang terbaik adalah di siang hari, antara jam 2 petang hingga 3 petang seperti yang dicatatkan dalam penulisan Ibnu Sina. Namun, anda boleh memilih masa berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan waku terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.
HARI BERBEKAM
Terdapat beberapa hadis berkaitan dengan hari-hari berbekam, yang sebahagiannya menceritakan tentang hari-hari yang sangat dianjurkan berbekam, dan hari yang sangat tidak digalakkan untuk berbekam. Terdapat juga hadis-hadis yang dha’if mengenai hari dan waktu berbekam, dan kita perlulah bijaksana dalam memilihnya.
Sangat digalakkan : Isnin, Selasa, Khamis
Tidak digalakkan : Rabu
Ia hanya garis panduan untuk mendapatkan kesan yang optimum kepada tubuh badan. Namun anda boleh berbekam pada bila-bila waktu dan hari mengikut kelapangan waktu anda, dan pemilihan hari terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit.
TARIKH BERBEKAM
Terdapat banyak hadis berkaitan tarikh-tarikh terbaik untuk berbekam, dan saya menemui hadis yang sahih (takhrij Albani dalam Sahih al’Jami’, tetapi hasan menurut Tirmizi) berkaitan perkara ini. Tarikh terbaik untuk berbekam ialah 17, 19 dan 21 haribulan setiap bulan kalendar Hijriyah. Namun, anda boleh memilih tarikh berbekam mengikut kelapangan masa anda sendiri, dan pemilihan tarikh terbaik tadi sangat dianjurkan untuk anda yang mempunyai penyakit
No comments:
Post a Comment