Thursday 5 February 2015

MADU ACACIA


Madu ACACIA , merupakan madu dari pohon Acacia yang dikutip oleh spesis lebah APIS MELIFFERA.  Madu yang dianggap paling baik adalah yang dikeluarkan dari bunga pokok “sidir” (Ziziphus Spina Christi, L.Willd) dan ‘Sumur’ (Acacia Tortillis, Forsk. Hayne). Lebah atau nama saintifiknya Apis Mellifera di antara makluk ciptaan Allah SWT yang dikenali lantaran madu yang dihasilkannya.

Jenis lebah juga mempengaruhi kualiti madu terutama sekali pada jumlah kandungan air di dalam madu. Lebah terbaik adalah dari jenis Apis Mellifera yang bermaksud ‘Lebah Pemburu Madu’. Lebah spesis bersaiz 10mm ke 20mm ini terbukti unggul dan produktif dalam menghasilkan madu yang berkualiti dan berupayaan menghasilkan madu yang mempunyai kadar air (moisture) yang sangat rendah.
Tanpa  madu, lebah hanya dianggap sebagai haiwan biasa, walaupun ia merupakan agen pendebungaan yang penting. Komuniti lebah yang berdisiplin, komited dan rajin bekerja. Hasil dari kerajinan dan ketekunan makhluk Allah ini maka terhasillah madu yang mempunyai 1001 khasiat yang secara tidak langsung memberi sumbangan yang besar kesejahteraan kehidupan manusia.
Keistimewaan lebah ini telah diabdikan oleh Allah di dalam Al-Quran. Pengabadian ini dilakukan menamakan satu surah dengan nama An-Nahli (lebah).
Menurut Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), madu Acacia mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic. Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink. Madu Acacia turut mengandungi pelbagai jenis vitamin, antaranya B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisi bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam madu Acacia amat diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pemakanan Madu Acacia :
1. Asma 
2. Haid tidak teratur
3. Resdung 
4. Alahan
5. Jerawat 
6. Rambut gugur
7. Barah 
8. Letih & Lesu
9. Sakit kepala 
10. Buasir
11. Lendir kahak 
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering 
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi 
16. Batuk
17. Sakit mata 
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi 
20. Pening
21. Gastrik
Madu Acacia juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:
1. Menambahkan stamina 
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh 
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah 
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan 
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka 
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus

No comments:

Post a Comment